PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA
- Pembuangan bayi merupakan perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa rasa berperikemanusiaan.
- Pembuangan bayi dilihat sebagai sebuah perbuatan yang keji dan hina dari sudut setiap agama dan kepercayaan.
Video berikut merupakan salah satu bukti bahawa kes pembuangan bayi masih sahaja menjadi polemik yang hangat dibicarakan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru sahaja dilahirkan telah dibalut dengan beg plastik hitam dan diletakan di hadapan sebuah gerai pintu masuk sebuah Universiti di Perlis. Suspek merupakan seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ) yang berumur 19 tahun.
FAKTOR PENINGKATAN KES PEMBUANGAN BAYI
Berikut merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes pembuangan bayi :
1. Kurangnya didikan tentang agama dan kepercayaan
- Didikan mengenai agama dan kepercayaan merupakan tunjang kepada pembentukan sahsiah diri seseorang individu. Kekurangan didikan agama sejak kecil menyebabkan seseorang individu akan melakukan sesuatu perbuatan yang tidak berlandaskan ajaran agama. Setiap agama mengajarkan semua umatnya untuk menghindari perzinaan yang dianggap perbuatan yang keji. Selain itu, menurut ajaran agama Islam, mereka sama sekali melarang daripada melakukan tindakan membuang bayi. Didalam surah An-Nisa ayat 93 menyatakan:
- Pengaruh rakan sebaya sememangnya tidak dapat dielakkan terutama dalam kalangan remaja. Namun, bukan semua rakan sebaya yang kita miliki memberikan pengaruh yang baik. Menurut pemerhatian, kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku dalam kalangan pelajar sekolah serta mahasiswi institut pengajian tinggi. Mereka beranggapan bahawa mereka melakukan perkara tersebut disebabkan terikut-ikut serta dicabar oleh rakan mereka. Oleh itu, remaja seharusnya bijak memilih rakan dan sentiasa menjaga batas pergaulan. Sekiranya tersalah pilih rakan, buruk padahnya terhadap diri sendiri.
- Teknologi seperti telefon bimbit dan internet merupakan pengaruh besar kepada para remaja yang menyebabkan mereka terjerumus dalam gejala sosial seperti kes pembuangan bayi. Golongan remaja mudah ketagih dengan penggunaan media sosial kerana mereka akan mendapatkan hiburan yang percuma termasuk video-video lucah. Individu yang melayari laman web lucah menyebabkan pemikiran mereka lebih kepada perkara yang tidak menyihatkan. Mereka akan meniru dan terikut-ikut dengan apa yang ditonton dan akhirnya dengan mudah terjebak dalam seks bebas yang menyumbang kepada kes pembuangan bayi.
- Sikap sesetengah masyarakat yang suka mengkritik menyebabkan kes pembuangan bayi semakin meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seseorang remaja perempuan yang melahirkan anak di luar nikah, masyarakat dengan mudah menghakimi dan memandang rendah terhadapnya. Bukan itu sahaja, malah remaja tersebut akan dianggap telah menjatuhkan maruah keluarganya sendiri. Perkara sedemikian akan menyebabkan remaja tersebut mengambil langkah mudah dengan membuang bayi yang dilahirkan demi menjaga imej sendiri serta keluarganya.
KESAN PEMBUANGAN BAYI
Implikasi pembuangan bayi melibatkan pelbagai pihak seperti :
Kesan terhadap bayi
- Kesan kepada bayi adalah bayi tersebut tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa kandung mereka.Hal ini disebabkan oleh, bayi yang ditinggalkan sendirian pasti akan dihantar ke pusat kebajikan masyarakat dan hidup sebagai anak yatim piatu.Bayi yang dibuang ini juga setelah dewasa pasti tidak dapat mengenali siapa ibu bapa kandungnya dan sering dipandang rendah oleh masyarakat setempat.
- Dalam jangka masa pendek atau panjang , ibu bayi pasti akan mengalami kesihatan mental yang tidak teratur seperti stres, kemurungan dan hilang keyakinan diri akibat menyesali perbuatannya.Ibu bayi tersebut juga tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana kesihatannya yang terjejas disebabkan oleh kehilangan darah yang banyak , jangkitan kuman dan kecederaan sewaktu bersalin tanpa rawatan rapi.Ini terjadi kerana majoriti ibu bayi yang mengandungkan anak sebelum berkahwin pasti akan bersalin secara sendirian di sesuatu tempat selain hospital dan klinik kesihatan disebabkan oleh mereka berasa malu dan perbuatan mereka sememangnya salah di sisi agama dan undang-undang.
- Pembuangan bayi menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan.Hal ini demikian kerana, sikap masyarakat setempat yang suka memandang serong dan mengkritik ahli keluarga dengan menyatakan bahawa mereka tidak mahir dalam mendidik dan menjaga anak sebagai ibu bapa menyebabkan ibu bapa berasa malu atas perbuatan anaknya yang tidak bertanggungjawab itu dan menyalahkan anak mereka.Keharmonian keluarga akan terjejas akibat wujudnya pergaduhan antara ahli keluarga.Sebagai contohnya, ibu bapa akan menghalau anak mereka yang mengandungkan anak sebelum berkawin dan tidak mahu mengaku sebagai anak kandung mereka lagi.Perbuatan ini amatlah bertentangan dengan teori moral dan etika.Mengikut teori keperibadian mulia yang memberi maksud tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara sederhana dan pertengahan.Mengikut teori ini, ibu bapa haruslah sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak dalam apa jua tindakan yang mereka lakukan dan tidak hanya menyalahkan mereka.Ibu bapa merupakan tempat utama anak-anak bergantung dan menyatakan masalah mereka.
- Negara juga tidak terkecuali daripada terkena tempias akibat isu pembuangan bayi.Pembuangan bayi menyebabkan imej negara terjejas.Hal ini kerana, sejak dahulu, negara Malaysia begitu mengutamakan kesopanan dalam aspek pendidikan jasmani dan rohani seseorang individu sehingga menjadi kaguman orang asing.Isu pembuangan bayi yang semakin kerap menular telah mengubah persepsi orang luar terhadap negara Malaysia dan memalukan masyarakat setempat.Di samping itu, ekonomi negara juga akan semakin sukar berkembang menyebabkan Malaysia tidak maju setanding negara seperti Jepun dan Amerika Syarikat.Hal ini kerana berlakunya peningkatan perbelanjaan kerajaan terhadap kos penampungan bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat.
- Ibu Bapa
- Pihak Sekolah
- Pihak Kerajaan
menunggu seseorang untuk mencorakinya,
siapa lagi kalau bukan ibu bapa,
insan paling berpengaruh dalam hidupnya.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa, orang yang memainkan peranan paling tinggi dalam mengatasi isu pembuangan bayi ini merupakan ibu bapa kita sendiri. Bak kata peribahasa, ‘Bagaimana acuan begitulah kuihnya’. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Sudah menjadi kewajipan bagi ibu bapa untuk menyelitkan unsur agama dan moral dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini amat penting kerana pendidikan agama dan moral mampu menyedarkan anak-anak mereka tentang dosa dan pahala. Selain itu, didikan tersebut haruslah dipraktikkan sejak anak-anak kecil lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Ibu bapa harus bersikap tegas dan mengambil cakna dengan hal-hal yang berlaku di sekeliling anaknya. Hal ini dilakukan agar anak-anak tidak terlibat dalam pergaulan bebas yang secara tidak langsung boleh membawa mereka terjerumus ke lembah penzinaan. Namun demikian, ibu bapa juga harusnya faham akan keinginan anaknya terutamanya remaja kerana remaja cenderung sensitif dan memiliki rasa ingin tau yang tinggi. Ringkasnya, ibu bapa haruslah memainkan peranan masing-masing dalam mendidik anak-anak agar mereka tidak terjerumus dalam kegiatan yang tidak bermoral.
Selain itu, pihak sekolah turut memainkan peranan penting dalam mengatasi isu pembuangan bayi. Sekolah seperti rumah kedua bagi anak-anak kerana ianya merupakan salah satu tempat dimana anak-anak meluangkan masa mereka. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan- badan bukan kerajaan haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dengan mengiatkan lagi program-program kesedaran kepada pelajar-pelajar bermula dari sekolah rendah lagi. Hal ini harus dilaksanakan agar pelajar-pelajar memiliki kesedaran mengenai isu pembuangan bayi secara lebih terperinci berbanding dengan hanya mendapat didikan di rumah. Antara program-program kesedaran yang dilaksana seperti ceramah daripada pensyarah, guru atau pihak polis. Selain mengadakan program, pihak sekolah perlulah mengetatkan lagi peraturan di sekolah seperti dilarang berdua-dua di tempat gelap dan sunyi untuk mengelakan terjadinya hal yang tidak diingini. Pelajar yang didapati melanggar peraturan tersebut haruslah dikenakan hukuman agar hal tersebut tidak diulangi lagi pada masa hadapan. Maka, jelaslah bahawa pihak sekolah bertanggungjawab dalam membentuk pelajar-pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta jauh dari maksiat.
RUJUKAN
ZULRINA (2019) 15 PUNCA PEMBUANGAN BAYI YANG BERLELUASA KINI,
Retrieved December 16, 2022 from https://bidadari.my/punca-pembuangan-bayi/
Work, S. (2010, August 10). Langkah-Langkah Menangani
Masalah pembuangan bayi. Langkah-Langkah Menangani Masalah Pembuangan Bayi.
Retrieved December 15, 2022, from http://iliassocialwork.blogspot.com/2010/08/langkah-langkah-menangani-masalah.html?m=1
Scribd. (2010, November 4). Pembuangan Bayi. Scribd.
Retrieved December 15, 2022, from https://www.scribd.com/document/101803501/Pembuangan-Bayi
Hamdan, A., Islam, A. T., & Jasmi, K. A. KES PEMBUANGAN
BAYI DI MALAYSIA DAN PENYELESAIANNYA: SATU KAJIAN ANALISIS KANDUNGAN BERITA DAN
ARTIKEL SEMASA. BIL 3JILID, 201. https://www.researchgate.net/profile/Kamarul-Azmi-Jasmi/publication/353960967_Prosiding_Seminar_Falsafah_Sains_dan_Ketamadunan_Bil_3_Jilid_1_2021/links/613b9d8411e9c168f2c29836/Prosiding-Seminar-Falsafah-Sains-dan-Ketamadunan-Bil-3-Jilid-12021.pdf#page=212
Comments
Post a Comment